Satu lagi alat yang agak penting semasa memancing adalah “Snap” dimana ianya digunakan sebagai perantaraan diantara tali perambut dengan tali utama, tali utama dengan umpan tiruan atau hanya sebagai tali keselamatan yang digunakan untuk mengikat joran kepada bot supaya joran tidak ditarik masuk kedalam air.
Terdapat berbagai jenis “Snap” di pasaran dan begitu juga “Swivel”. Kedua – dua ini ada dijual berasingan atau dijual sebagai satu yang dipanggil “Snap Swivel”. Mari kita cuba memahami apakah tujuan dan keggunaan alat-alat ini.

 

“Snap”
“Snap” berfungsi sebagai satu penyambung diantara tali utama dengan “Lure”atau umpan tiruan. Ianya disambung dari tali utama dengan ikatan (knot) kepada cincin(split ring) atau lengkoran besi yang terdapat pada “lure”. (“line – tie loop of the lure”).